Mengenai SUPERB

superb

Program SUPERB atau dahulu dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan. Antara objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka. SUPERB telah berjaya melahirkan seramai 208 usahawan permulaan Bumiputera dan telah membantu merealisasikan idea perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi sejak SUPERB dilancarkan pada tahun 2014.

Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan. Bagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100 ribu. Manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau  penkomersialan  berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500 ribu. 

SUPERB terbuka kepada golongan belia Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan ataupun syarikat Bumiputera yang telah beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Permohonan yang diterima akan disaring dan setiap permohonan akan dinilai berdasarkan potensi, inovasi dan kebolehpasaran produk serta kelestarian dan keupayaan perniagaan tersebut. Hanya permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk bersaing di sesi “Business Challenge”. Pemohon dikehendaki untuk membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan panel juri profesional.

Idea perniagaan yang terpilih akan mara ke peringkat separuh akhir di mana pemohon yang layak perlu menjalani sesi “Boot Camp” sepanjang tempoh yang ditetapkan sebelum melakukan pembentangan mereka di peringkat separuh akhir di hadapan Jawatankuasa Penilaian SUPERB. Sekiranya mara ke peringkat akhir, pemohon dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka sekali lagi di hadapan juri profesional yang terdiri daripada tokoh usahawan dan korporat Bumiputera yang ternama.

image

RM159.5 juta

RM129.5 juta

diperuntukan untuk tempoh lapan tahun

image

208 Usahawan

157 Usahawan

telah memenangi geran “start-up
sehingga RM500 ribu


* Pencapaian di atas adalah sehingga Ogos 2021.

loader