Sejak menerima Superb, DERMAGS berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM17.3 juata. Kemenangan ini telah menyumbang kepada kemajuan syarikat Biopro Cosmeceutical Sdn Bhd dalam menubuhkan sebuah kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB). Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (APB), Biopro Cosmeceutical berjaya menghasilkan produk jenama sendiri yang berkualiti tinggi iaitu DERMAGS sekaligus menyediakan perkhidmatan pembuatan produk jenama sendiri (OEM). Pembukaan kilang ini telah membuka banyak peluang pekerjaan di kalangan masyarakat setempat.
Kini, DERMAGS mempunyai seramai 4000 pengedar dan stokis di seluruh Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Selain itu, DERMAGS turut menyumbang geran kajian akademik kepada Universiti Teknologi Malaysia. Sehingga kini, DERMAGS telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Terkini, DERMAGS telah dinobatkan sebagai pemenang tempat PERTAMA anugerah pengkomersilan produk di Malaysia pada tahun 2018 di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MESTECC) dan menerima wang kemenangan berjumlah RM130,000.00.