Kisah Kejayaan

Food Bike 

Syarikat:
My Food Bike Sdn Bhd
Siri:
Kedua
Tahun:
2017

Beroperasi sebagai sebuah perusahaan sosial, Foodbike telah memperkenalkan konsep kafe ‘mobile’ yang dikuasakan oleh motosikal roda tiga. Menyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional dan antarabangsa seperti Nasi Lemak, Shell Curry Puff, Portuguese Egg Tart, Chicken Pie dan Hawaiian Pizza, apa yang istimewa tentang konsep kafe ‘mobile’ ini adalah kerana kesemua pemilik mikro francaisnya terdiri daripada kalangan OKU pekak bagi membolehkan golongan ini menjana pendapatan yang lebih mampan dan terjamin.

Pencapaian selepas SUPERB

Menjelang penghujung tahun 2020, Foodbike bakal melancarkan 10 cawangan yang diusahakan sepenuhnya oleh golongan OKU pekak di 10 lokasi berbeza di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Buat masa ini, CIMB Foundation telah menjadi antara nama besar yang pertama menjadi rakan strategik Foodbike dengan membolehkan beberapa cawangan Foodbike pertama Foodbike ditempatkan di bangunan-bangunan milik CIMB Bank Malaysia.


loader