Kisah Kejayaan

Grub Cycle

Syarikat:
Grub Cycle Sdn Bhd
Siri:
Ketiga
Tahun:
2016

Redza Shahid adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Grub Cycle, pasar raya sosial yang berdedikasi untuk mengurangkan pembaziran makanan. Sejak pelancaran pada akhir 2016, Grub Cycle telah mengurangkan hampir 10,000 kilogram makanan daripada terbuang sementara membantu pelanggan menjimatkan sehingga RM75,000. Grub Cycle juga telah mendapat beberapa geran dan pelaburan bernilai RM1 Juta sementara mendapat sokongan dari Mountain Partners, 1337 Ventures dan pelbagai agensi kerajaan, bersama-sama dengan memenangi anugerah di Alliance BizSmart Challenge 2016 dan Alipay NUS Enterprise Challenge 2019.

Pencapaian selepas  SUPERB

Pada tahun 2018, Redza telah dipilih sebagai satu-satunya wakil dari Malaysia di Program Pemimpin Australia-Asean (A2ELP) di mana dia berpeluang menyertai perbincangan meja bulat bersama Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull. Di samping itu, Redza juga mendapat peluang untuk menyampaikan mengenai Grub Cycle di St James Palace untuk mewakili Malaysia di “Pitch at Palace” sempena Mesyuarat Kerajaan Komanwel.

Dengan bantuan SUPERB, Grub Cycle berjaya membuka di lebih banyak lokasi secara mampan dan oleh itu berjaya mengurangkan lebih banyak makanan daripada dibuang dan membantu masyarakat untuk menjimatkan wang dari perbelanjaan harian mereka.

loader