Kisah Kejayaan

GPS Tracking & Fleet Management System

Syarikat:
KATSANA Holdings Sdn Bhd
Siri:
Pertama
Tahun:
2014

KATSANA Holdings Sdn Bhd merupakan satu syarikat pemula berteknologi tinggi yang mengukir nama dalam sektor logistik, data raya, IoT dan insurans. KATSANA membangunkan teknologi jejakan posisi GPS yang digunakan oleh beribu-ribu kenderaan komersial di Asia Tenggara. KATSANA juga membangunkan teknologi untuk mengenalpasti corak dan risiko pemanduan pemandu. Teknologi ini mula digunakan oleh syarikat-syarikat insurans & takaful terbesar di Malaysia.

Pencapaian selepas SUPERB

Sehingga kini, pemenang Siri Pertama SUPERB pada 2014 ini telah menerima dana suntikan dari Axiata Digital Innovation Fund (ADIF) sebanyak RM6.5 juta dan pelbagai anugerah seperti Asia Promising Insurtech Startup 2018 dari Asia Insurance Review, Best Insurtech Startup dari Cradle CGP, dan telah mewakili Malaysia pada Asian Entrepreneurship Award 2017 di Jepun.

KATSANA juga terpilih mewakili Malaysia untuk program Singapore Smart City dan Nissan Infiniti Smart Mobility di Hong Kong pada 2016.


loader