KITAMEN adalah salah satu syarikat Bumiputra yang menerajui industri e-sukan di Malaysia. Kewujudan KITAMEN adalah bertujuan untuk menyediakan ruang dan peluang yang terbaik kepada golongan belia dan anak-anak muda khususnya untuk pemain dan atlet siber untuk berinteraksi, bersosial dan melibatkan diri di dalam bidang dan ekosistem e-sukan secara menyeluruh. KITAMEN juga merupakan satu agensi pemasaran kreatif khususnya dalam bidang e-sukan dan permainan video serta telah berjaya melancarkan pelbagai acara-acara dari skala kecil hingga besar, dengan menggunakan platform permainan video sejak penubuhan KITAMEN pada tahun 2017.
Sejak memenangi anugerah SUPERB, KITAMEN telah berkembang sehingga menjadi salah satu syarikat pilihan utama dalam bidang e-sukan dan permainan video di Malaysia untuk korporat & kerajaan, badan-badan persatuan & komuniti setempat.
Di antara pencapaian tertinggi KITAMEN adalah menjadi salah satu peneraju dalam kelahiran program Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) bersama Media Prima pada tahun 2019. KEK adalah program e-sukan pertama yang melibatkan universiti-universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia. Program tersebut yang disertai oleh ribuan pelajar meliputi semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia dan berlangsung selama 3 bulan. Objektif KEK adalah untuk memberi pendedahan realistik dan praktikal pada tahap akar umbi mengenai bidang e-sukan khususnya tentang peluang kerjaya moden dan menyebarkan kesedaran tentang bidang yang semakin berkembang pesat pada zaman ini.