MeDKAD adalah pemenang Program SUPERB Tahun 2017 dibawah TERAJU melalui projek MeDKAD Medical Benefits Administration System. Ditubuhkan pada bulan September 2016 dengan modal berbayar sebanyak RM250 ribu, MedKAD mencatatkan kadar pertumbuhan bulanan purata sebanyak 54% sejak penggunaan sistem ini dikomersilkan pada Januari 2018.
Sehingga kini sebanyak 1,300 buah klinik, 70 buah hospital, 80 buah klinik pergigian serta 190 pusat mata, merangkumi 13,000 pengguna berdaftar mengguna pakai sistem yang dibangunkan oleh MedKAD.
MedKAD telah memenangi Anugerah Rice Bowl Malaysia untuk kategori Teknologi Kesihatan Terbaik bagi tahun 2018.