Moovby adalah sebuah platform perkongsian kereta peer-to-peer atau Airbnb untuk Kereta, di mana penyewa boleh menyewa mana-mana kereta yang mereka mahu, bila-bila masa yang mereka mahukannya, dari komuniti pemilik kereta persendirian. Para penyewa boleh memilih dari pelbagai pilihan kereta yang berdekatan, sementara pemilik kereta dapat menjana pendapatan tambahan dengan berkongsi kereta 'idle' mereka.
Moovby mempunyai lebih 2,500 kereta dan menjana lebih 250,000 jam sewaan. Moovby telah beroperasi di 8 buah negeri di Malaysia dan 3 negeri di Indonesia. Moovby juga menjalinkan perkongsian strategik perniagaan dengan beberapa syarikat Unicorn seperti Traveloka dan memenangi beberapa anugerah lain diperingkat nasional.