Kisah Kejayaan

Nasty Port Flow

Syarikat:
Nasty Port Flow Sdn Bhd
Siri:
Pertama
Tahun:
2015

Diasaskan oleh Mohammad Khairil Nizam Bin Yacob, pemenang Program SUPERB Siri 1/2015. Nasty Port Flow Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat kajian dan penyelidikan cylinder head kenderaan bermotor.

Program SUPERB

Melalui program SUPERB, Nasty Port Flow telah berupaya menambah baik kemudahan mesin dan peralatan bagi tujuan kajian dan penyelidikan.

Nasty Port Flow menawarkan perkhidmatan membaik pulih, menaik taraf, dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan-pelanggan dari dalam dan luar negara.

Bagi segment kenderaan dua roda, antara pelanggan-pelanggan Nasty Port Flow adalah pasukan yang terlibat didalam perlumbaan Malaysian Cub Prix dan juga Asia Road Racing. Bengkel-bengkel motorsikal dari dalam dan luar negara juga menggunakan khidmat Nasty Port Flow.

Bagi segment kereta, lebih dari separuh pelanggan datangnya dari luar negara seperti Russia, Ukraine, Singapura, Thailand, Jepun, Hong Kong, Indonesia, Taiwan dan Australia. Kebanyakan mereka terlibat di dalam perlumbaan kereta.

Nasty Port Flow juga merupakan vendor bagi syarikat SPANCO Sdn Bhd, yang mana bertanggung jawab membaik pulih cylinder head kenderaan mereka.


loader