Notis Pertukaran Lokasi bagi Road Pitch SUPER 2020 di Wilayah Utara & Selatan

Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sentiasa memantau perkembangan situasi COVID-19 dan mengutamakan kesejahteraan serta keselamatan pihak berkepentingan, kakitangan, dan peserta SUPERB 2020.

Selaras dengan keprihatinan dan inisiatif Kerajaan dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19, TERAJU telah memutuskan untuk menukar lokasi Road Pitch SUPERB 2020 bagi Wilayah Utara dan Wilayah Selatan. Perincian terbaru adalah seperti berikut:

Road Pitch SUPERB 2020 bagi Wilayah Utara:
Tarikh : 17 September 2020.
Masa : 7.30am - 6.00pm.
Lokasi : WEIL Hotel, 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.

Road Pitch SUPERB 2020 bagi Wilayah Selatan:
Tarikh : 8 Oktober 2020.
Masa : 7.30am - 6.00pm.
Lokasi : JEN Johor Puteri Harbour, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor.

Mengambil kira potensi risiko kesihatan sedia ada, pihak TERAJU memohon semua pihak yang hadir mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) sepanjang program.

Maklumat lain berkenaan Road Pitch SUPERB 2020 kekal sama buat masa ini. Sebarang perubahan akan diumumkan dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan di lokasi berkenaan.

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini mengenai SUPERB 2020, layari www.superb.teraju.gov.my, dan Like atau Follow @terajuofficial di Facebook dan Instagram.

loader