Kisah Kejayaan

Pragbotix (Solution Through Automation)

Syarikat:
Precision Agriculture Robotics Sdn Bhd
Siri:
Kedua
Tahun:
2016

Diasaskan oleh Nizam Haris Md Ishak, pemenang Program SUPERB Siri 2/2016.

Precision Agriculture Robotics Sdn. Bhd. (Pragbotix), merupakan sebuah syarikat kejuruteraan teknologi pertanian jitu yang bermatlamat untuk menghasilkan sistem dan inovasi yang mampu melancarkan pengurusan, meningkat hasil keluaran, dan mengurangkan risiko kerugian sektor perladangan melalui implimentasi keputusan berdasarkan Data, ‘Data-driven Decisions’.

Pragbotix percaya bahawa perolehan ‘physical world data’ yang kos efektif adalah cabaran pertama dalam implementasi pertanian jitu. Setelah cabaran ini diatasi, ruang untuk aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) / Pembelajaran Mesin (‘Machine Learning’) dalam membuat ramalan dan tindakan preskriptif akan terbuka lebih luas dan secara langsungnya memberi impak yang positif kepada sektor perladangan.

Program SUPERB

Melalui program SUPERB, Pragbotix telah berjaya menghasilkan produk ‘Strix Nest - Drone Docking Station’ yang kemudian hasil daripada maklum balas pasaran, telah bercambah kepada penghasilan dua produk yang lain iaitu ‘Pragbotix Aquaculture Intelligent Monitoring System (PX-AIMS)’dan ‘Pragbotix Oil Palm Water Table System’. Fokus pasaran Pragbotix adalah syarikat korporat perladangan. Sistem-sistem Pragbotix telah melalui ujian pilot bersama BlueArchipelago Sdn Bhd (anak syarikat Khazanah), Tabung Haji Plantation, dan Felcra Bhd. Pragbotix kini berada di dalam proses produksi dan pengkomersialan skala besar.

Peluang yang diberi oleh SUPERB telah banyak membantu perkembangan Pragbotix di mana valuasi dan tawaran terakhir pemodal teroka ‘VC’ kepada syarikat Pragbotix adalah memberangsangkan. Disamping itu, juga penting dinyatakan bahawa program SUPERB secara langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada 5 jurutera tempatan Pragbotix.


loader