TERAJU menghormati hak anda berkaitan dengan maklumat peribadi anda ketika anda berkomunikasi dengan TERAJU.
TERAJU telah menghasilkan Kenyataan Privasi ini untuk memaklumkan kepada anda bagaimana TERAJU mengumpul, menyimpan, menggunakan, berkongsi, memproses dan melindungi maklumat peribadi tentang anda. Ia juga memaklumkan anda bagaimana anda boleh mengakses dan mengemas kini maklumat peribadi dan membuat pilihan tertentu berkenaan penggunaan maklumat peribadi anda.
Dengan menggunakan laman web TERAJU, aplikasi atau selainnya yang memberikan TERAJU maklumat peribadi anda, anda bersetuju dengan amalan yang dinyatakan dalam Kenyataan Privasi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Kenyataan Privasi ini, sila jangan gunakan laman web ini, atau memberi apa-apa maklumat peribadi anda kepada TERAJU. TERAJU berhak membuat pindaan kepada Kenyataan Privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang pindaan akan dipaparkan dalam Kenyataan Privasi ini. TERAJU menggalakkan anda untuk sentiasa meneliti Kenyataan Privasi ini untuk memastikan bahawa anda mengetahui sebarang perubahan dan bagaimana maklumat anda akan digunakan.
Jika anda mempunyai apa-apa permintaan mengenai maklumat peribadi anda atau sebarang pertanyaan berkaitan dengan Kenyataan Privasi ini, sila hubungi TERAJU.
Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi TERAJU, sila klik pada mana-mana soalan di bawah.
Kenyataan Privasi ini terpakai kepada maklumat peribadi yang TERAJU kumpulkan daripada anda atau diterima daripada pihak ketiga yang bertindak bagi pihak TERAJU sebagai ejen-ejen, pembekal-pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat-penasihat profesional yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada TERAJU (secara kolektif “Syarikat-syarikat Berkaitan”) mengenai pengguna TERAJU. Kenyataan Privasi ini tidak terpakai kepada maklumat di luar milikan, kawalan atau kuasa TERAJU.
Harap maklum bahawa TERAJU boleh menggabungkan maklumat peribadi yang TERAJU kumpulkan melalui satu kaedah (misalnya, melalui laman web) dengan maklumat peribadi yang TERAJU kumpulkan melalui kaedah yang lain (misalnya, melalui aktiviti luar talian). Ini dilakukan untuk mendapat pandangan yang lebih lengkap tentang pengguna TERAJU, seterusnya membolehkan TERAJU untuk melayani anda dengan lebih baik dan dengan lebih penyesuaian.
Kenyataan Privasi ini terpakai kepada semua maklumat peribadi yang TERAJU kumpulkan termasuk menerusi:
Maklumat peribadi atau data peribadi adalah maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda dengan sendiri atau secara gabungan dengan data lain yang TERAJU kumpulkan atau mempunyai akses kepadanya. Dalam keadaan di mana maklumat peribadi dan lain-lain digabungkan (misalnya maklumat hubungan peribadi dengan akaun log masuk atau maklumat demografik), maklumat tersebut adalah dianggap sebagai maklumat peribadi.
TERAJU berusaha untuk menghadkan jumlah maklumat peribadi yang TERAJU kumpul dan simpan setakat hanya mengikut keperluan yang sewajarnya bagi menyediakan perkhidmatan yang relevan kepada anda.
Kenyataan Privasi ini terpakai kepada semua maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh TERAJU seperti:
TERAJU mengambil segala langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan menerusi pelbagai cara seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Privasi ini. Usaha ini termasuk, tetapi adalah tidak terhad kepada: (i) menyimpan maklumat peribadi anda dalam persekitaran yang dijamin selamat yang tidak tersedia kepada orang awam dan hanya boleh diakses oleh kakitangan TERAJU yang diberi kuasa, dan pihak Syarikat-syarikat Berkaitan yang mana adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat); (ii) memastikan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi dilaksanakan demi melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi sensitif tertentu (seperti maklumat kad kredit dan maklumat kesihatan) semasa penghantaran, dan (iii) mengenal pasti identiti pengguna berdaftar sebelum mereka boleh mengakses maklumat peribadi yang TERAJU simpan tentang mereka.
Maklumat peribadi anda hanya akan digunakan bagi tujuan seperti yang telah diberikan kepada TERAJU.
Selain itu, TERAJU juga mungkin menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan di bawah. Harap maklum bahawa tujuan penggunaan di bawah mungkin tidak relevan terhadap semua pengguna.
Dengan mengakses laman web ini dan menggunakan perkhidmatan pendaftaran atas talian untuk program SUPERB, anda bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan dan pendedahan (mengikut mana yang berkenaan) maklumat peribadi anda oleh TERAJU seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Privasi ini.
Anda sentiasa boleh menyemak atau mengemas kini apa-apa maklumat peribadi anda yang telah dikumpulkan oleh kami. Sila layari bahagian pertukaran pilihan yang sewajarnya dalam laman web atau aplikasi kami.
Sekiranya anda ingin menyemak atau mengemas kini apa-apa maklumat peribadi anda yang telah dikumpulkan oleh TERAJU atau anda ingin membuat permintaan lain atau anda mempunyai sebarang soalan, aduan, atau komen berkenaan dengan Kenyataan Privasi ini atau amalan pengumpulan maklumat TERAJU, sila kemukakan permintaan atau pertanyaan bertulis anda dengan menghantar e-mel ke superb@teraju.gov.my atau dengan menghantar surat kepada TERAJU di Aras 5, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
TERAJU menggunakan Teknologi Penjejakan termasuklah tetapi tidak terhad kepada cookies, alamat IP, log fail, penandaan, untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana pengunjung menggunakan laman web ini. Teknologi Penjejakan membantu kami untuk membuat penyesuaian laman web ini bersesuaian dengan penggunaan peribadi anda, untuk meningkatkan kemudahan penggunaan, mendapatkan maklum balas tahap kepuasan mengenai laman web ini dan untuk berkomunikasi dengan anda di mana-mana melalui web. Teknologi Penjejakan digunakan untuk membolehkan tujuan-tujuan tersebut apabila anda memasuki laman ini.
TERAJU akan dari semasa ke semasa membuat perubahan dan pembetulan kepada Kenyataan Privasi ini. Sila semak Kenyataan Privasi ini dari masa ke semasa untuk mengetahui perubahan tersebut dan bagaimana ianya boleh mempengaruhi anda.