Berikut adalah contoh skrip yang boleh digunakan untuk membuat video pengenalan projek perniagaan anda untuk SUPERB 2021. Anda juga boleh merujuk sampel klip video di pautan YouTube Rasmi TERAJU
Pengenalan
"Hi semua, nama saya Siti Aminah binti Abu Bakar dan saya merupakan pengasas dan
CEO kepada syarikat ABC Sdn. Bhd., yang mana kami menawarkan khidmat
penghasilan video kreatif dan interaktif 3D secara atas talian."
Ahli Pasukan
"Pasukan kami terdiri dari 5 orang ahli yang secara kolektif mempunyai 8 tahun
pengalaman di dalam khidmat pembangunan aplikasi dan video 3D."
Permasalahan Yang Dihadapi
"Kami membantu menyelesaikan masalah peniaga kecil dan sederhana (SME) yang
sukar untuk membuat video pemasaran yang menarik untuk produk dan perkhidmatan
mereka."
Nilai Unik (Unique Value Proposition)
"Jadi kami menawarkan khidmat pembuatan video secara atas talian yang cepat dan
senang digunakan, menggunakan teknologi upscaling 3D termaju di dunia."
Inovasi
"Inovasi projek kami adalah menggunakan teknologi virtual
imaging yang mana kami dapat menukarkan gambar 2D kepada objek 3D secara
atas talian, dan bukan itu sahaja projek kami ini dapat menukarkan terus kepada
format video. Ini membolehkan pengguna platform kami untuk dapat menghasilkan
video interaktif dengan cepat dan mudah & sudah tentu dengan harga yang berpatutan."
Traction
"Kami telah pun memasarkan dan menawarkan perkhidmatan ini selama 6 bulan dan
telah menjana pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan melalui penjualan aplikasi
ini."
Dana SUPERB
"Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon dana SUPERB sebanyak RM480,000
bagi tujuan aktiviti pemasaran dan juga penambahbaikan teknologi aplikasi
agar ianya dapat menampung penggunaan pelbagai bahasa ataupun multi language enabled
dan seterusnya dapat dipasarkan ke pasaran antarabangsa."
Penutup
"Kami harap pihak TERAJU SUPERB dapat mempertimbangkan permintaan kami
untuk disenarai pendek ke dalam program SUPERB. Kami juga ingin berterima kasih
kepada pihak TERAJU SUPERB di atas peluang yang diberikan ini. Itu sahaja dari kami,
sekian, terima kasih."