Terma dan Syarat
- Bagi tujuan permohonan oleh individu:
- Bumiputera bermaksud warganegara Malaysia yang merupakan:-
- orang Melayu seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan;
- orang asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954; atau
- pribumi negeri Sarawak atau Sabah seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 161A(6) dan 161A(7) Perlembagaan Persekutuan Malaysia
- Pemohon bukan individu yang muflis.
- Bagi tujuan permohonan oleh syarikat:
- Sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat Pemohon adalah dimiliki oleh Bumiputera;
- Majoriti daripada pengarah dan pengurusan syarikat Pemohon adalah Bumiputera;
- Pemegang saham utama hendaklah berusia di antara 21 hingga 40 tahun;
- Semua pemegang saham syarikat bukan individu yang muflis; dan
- Syarikat Pemohon ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan dan merupakan sebuah syarikat yang solven.
- Idea SUPERB yang dikemukakan oleh Pemohon adalah berdasarkan idea yang asli dan tidak pernah didaftarkan di bawah permohonan hakmilik harta intelek oleh mana-mana pihak.
TERAJU merizabkan haknya untuk meminda, mengubah dan / atau menambah apa-apa terma dan syarat, lokasi program dan jadual pelaksanaan program SUPERB pada bila-bila masa sekiranya perlu tertakluk kepada keperluan semasa, perubahan polisi dan / atau pelaksanaan arahan / perintah / undang-undang baharu yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan.