Kisah Kejayaan

Stuhl: Portable Treatment Chair

Syarikat:
Waterbay Sdn Bhd
Siri:
Pertama
Tahun:
2015

Waterbay Sdn Bhd adalah pembekal peralatan pergigian untuk klinik-klinik pergigian dan hospital. Beroperasi di kawasan Perindustrian Perai, Pulau Pinang merupakan pemenang SUPERB Siri 1/2015. Berlandaskan strategi lautan biru, Waterbay mempertingkatkan perniagaan dengan mengeluarkan peralatan pergigian mudah alih berteknologi terkini. Terdapat beberapa produk yang akan dikeluarkan. Waterbay akan melengkapkan keseluruhan modul peralatan pergigian mudah alih.

Pencapaian selepas  SUPERB

Dengan bantuan dari program SUPERB kelolaan TERAJU, pada tahun 2015, Waterbay telah membangunkan bukti konsep untuk kerusi rawatan mudah alih automatik yang dikenali sebagai STÜHL yang mana telah patenkan oleh Waterbay dan telah mendapat ISO 13485 (Medical Device). Pada masa ini, Semua pengendali rawatan pergigian di seluruh dunia menggunakan Kerusi Mudah Alih tradisional yang beroperasi secara manual. Contohnya seperti rawatan pergigian di sekolah, program jangkauan di kawasan luar bandar dan pihak tentera juga menggunakan kerusi rawatan mudah alih ini. STÜHL beroperasi secara otomatik dengan menekan butang mudah, dapat meningkatkan pergerakan turun naik kerusi dan mempunyai kualiti yang lebih baik.

Pada tahun 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membeli lebih dari 60 unit STÜHL (Versi Beta) untuk projek perintis. Pada tahun 2018 Waterbay telah membangunkan STÜHL versi 2 yang lebih dinamik dengan kebolehan cara dalam IoT dan Kerajaan Malaysia telah menunjukan minat untuk mendapatkan versi terbaru tersebut bagi pengantian kerusi mudah alih yang sedia ada. Ketika ini Waterbay mempunyai rakan strategik di Arab Saudi, Jepun dan Switzerland. Waterbay juga dalam perbincangan dengan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan untuk kerjasama strategik. Di ASEAN sahaja, pasaran untuk rawatan pergigian bernilai di antara USD3 billion hingga USD4 bilion setahun.


loader