Kisah Kejayaan

ZYQ Block (Bata Block)

Syarikat:
ZYQ Engineering Sdn Bhd
Siri:
Pertama
Tahun:
2017
zyqblock_banner.png (681×369)

ZYQ Engineering Sdn Bhd diasaskan pada tahun 2014 oleh Ir Mohd Zikri Bin Md Zaini, pemenang program SUPERB Siri 1/2017.

ZYQ Engineering bermula sebagai sebuah syarikat pembinaan rumah yang menghasilkan rumah mampu milik kepada rakyat. Setelah beberapa kajian dijalankan, ZYQ mendapati proses pembinaan dapat dimudahkan dan pengurangan kos boleh dilakukan dengan penggunaan IBS (Industrialized Building System). Namun, kebanyakkan IBS pada masa tersebut hanya relevan untuk projek berskala besar.

Oleh itu, ZYQ Engineering berinspirasi untuk menghasilkan produk IBS yang sesuai untuk projek pembinaan kecil dan luar Bandar. Setelah kajian dan penyelidikan dilakukan bersama dengan agensi-agensi luar seperti CIDB, SIRIM, BOMBA dan FRIM, ZYQ Engineering mengeluarkan produk Blok IBS iaitu ZYQ BLOCK.

ZYQ BLOCK bukan sahaja menepati piawaian IBS yang ditetapkan oleh CIDB, malah melepasi ujian ‘fire test’, ‘water stream test’ dan ‘compressive strength test’ yang memastikan keselamatan penggunaan ZYQ BLOCK ini. Bukan itu saja, ZYQ BLOCK juga telah diuji sesuai digunakan oleh pihak angkatan bersenjata Malaysia, apabila ianya mampu menyerap impak tembakan peluru rifle, dan mendapat gelaran ‘bullet catcher’ yang sesuai untuk pembinaan ketenteraan seperti kem tentera, bilik kebal dan padang sasar.

Program SUPERB

Dengan bantuan dari SUPERB TERAJU, kami dapat meningkatkan pengeluaran produk ini dalam skala lebih besar daripada pembuatan manual dahulu kepada pembuatan yang lebih berautomasi. Ini menggandakan kapasiti pembuatan ZYQ BLOCK sehingga 3 kali ganda (maksimum) daripada sebelum penambahbaikan.

Antara pelanggan-pelanggan ZYQ Engineering adalah PKNS Infrastructure Berhad (PIB), IPD Bukit Beruang (Padang Sasar), Rawdah Garden Boutique Apartment dan DUTHSEN Sdn Bhd selaku pengedar terbesar di seluruh Malaysia.

zyqblock_ceo.png (650×975)
loader